Thursday, January 27, 2011

Garmin Nuvi 250 GPS

             Salam kembali, apa khabar harap anda semua dalam keadaan baik, sihat dan ceria disamping keluarga tersayang mahupun sahabat handai rakan taulan. Hari ini saya ingin bercerita mengenai penunjuk arah atau nama 'glamour' nya GPS. GPS atau Global Positioning System merupakan salah satu sistem yang akan membantu kita untuk mengetahui posisi kita berada saat ini. GPS (Global Positioning System) sebenarnya melibatkan komunikasi antara 24 satelit GPS yang terdapat di angkasa dan alat penerima data (receiver). Satelit GPS ini pada asalnya dimiliki oleh US Army untuk tujuan ketenteraan dan penyiasatan. Tetapi hari ini, satelit ini telah dibuka kepada umum untuk pelbagai tujuan dalam menentukan kedudukan sesuatu objek. Secara umumnya apabila kita berada di sesuatu tempat, terdapat 4 satelit GPS yang dapat berhubung dengan alat penerima secara terus. Apabila menerima signal daripada satelit dengan kelajuan cahaya, alat penerima akan membuat kiraan matematik untuk menentukan kedudukan kita. GPS yang digunakan di dalam kenderaan kita dapat membantu kita dalam menentukan kedudukan kenderaan kita, arah perjalanan, tempoh perjalanan dan jangkaan waktu sampai (biasanya digunakan di dalam kapal terbang). Data-data perjalanan ini akan disimpan di dalam memori penerima dan boleh dimuat naik ke dalam komputer untuk tujuan analisa dan sebagainya. Itu adalah serba sedikit tentang GPS.



Garmin Nuvi 250






            Berbalik kepada GPS yang saya miliki ini, GPS ini saya beli sejak 2 tahun lepas harganya sekitar 200Aud (Australian Dollar) bersamaan RM 600. Antara Spesifikasi GPS ini ,
 
Receiver: high-sensitivity WAAS-enabled GPS receiver
Display: 2.8"W x 2.1"H (7.2 x 5.4 cm); 3.5 diag (8.9 cm), 320 x 240 pixels; QVGA color antiglare TFT with white backlight
Unit dimensions: 3.8"W x 2.8"H x .8"D (9.7 x 7.1 x 2 cm)
Weight: 5.2 ounces (147.42 g)
Battery: Rechargeable lithium-ion battery, up to 5 hours of battery life depending on use
Includes Garmin Lock™, an anti-theft feature
Pre-loaded with NAVTEQ maps (City Navigator NT) Australian
6 Millions Points of Interest (POI) database
Upload custom POIs, including alerts for speed zones and safety cameras with POI Loader
Built in Travel Kit includes picture viewer, world clock, currency and measurement converters, calculator and more
SD card slot
USB interface for loading data


         Kesimpulannnya, GPS sekarang ini telah menjadi satu keperluan dalam penggunaan seharian kita tak kira dimana kita berada di darat, di udara atau di laut manakala harganya pula semakin hari semakin murah dan kebanyakan orang mampu memilikinya. Alhamdulillah


Sumber : http://www.gpsmagazine.com/2007/04/garmin_nuvi_250



No comments:

Post a Comment

Local Times

Visitors

free counters