Sunday, January 15, 2012

Food lovers? Share your food reviews and be rewarded at the same time by Openrice.com! #MakanNShare

Food lovers? Share your food reviews and be rewarded at the same time by Openrice.com! #MakanNShare

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

Akhirnya jadual gaji 2012 merujuk kepada tarikh pembayaran gaji kakitangan awam telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM)

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULANTARIKH
PEMBAYARAN
HARICATATAN
Januari16 Januari 2012IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012Khamis
Mac22 Mac 2012Khamis
April25 April 2012Rabu
Mei23 Mei 2012RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012Rabu
Ogos13 Ogos 2012IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012Selasa
Oktober22 Oktober 2012IsninHari Raya Haji 26 Oktober 2012
November6 November 2012SelasaDeepavali13 November 2012
Disember18 Disember 2012SelasaHari Krismas 25 Disember 2012

Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Akhirnya kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan sangat penting ketika berbelanja.
Walaubagaimanapun, berita jadual gaji 2012 SBPA bagi kakitangan awam ini boleh dijadikan rujukan awal kerana jika ada keperluan kemungkinan ada pindaan di masa akan datang.

Monday, January 9, 2012

facelifted-toyota-prius-umw-toyota-starts-order-taking

The relentless pace of UMW Toyota starting the year with a bang is shifting up another gear. Right after yesterday's announcement of estimated prices for the new Toyota Avanza and Prius c, this morning we were informed that order taking for the Prius minor change (facelift in Toyota lingo) has started at all Toyota sales outlets nationwide. At the time of posting this, UMW Toyota's website has yet to be updated with details of the new Prius. However, the price list and sales leaflet can be obtained at all Toyota sales outlets nationwide starting from today.
Compared to the current Prius (RM 139,000), there is a slight increase in price and an additional variant on offer. The new Prius now starts at RM 143,000 for the standard grade and RM 148,000 for the 'Luxury' grade. Before buyers lynch UMW Toyota for engaging in another round of price hikes, note that the increase in price applies worldwide, including Toyota's home market in Japan. Late last year, I have also posted a short explaination that this was because of the unusually strong Yen and increase in prices of rare earth materials and steel sheets. 
The updated Prius can be differentiated by its slightly different different lower front air dam / grille, new tail light cluster and LED daytime running lights. Below is a comparison between the outgoing pre-facelift Prius and the current Prius.
Pre-facelift Prius (front three-quarter). European market model shown.
Facelifted Prius below (front three quarter). European market model shown.
Pre-facelift Prius (rear three-quarter). European market model shown.
Facelift Prius (rear three-quarter). European market model shown.
The additional RM 5,000 for the Prius Luxury grade gets you leather seats, auto-dimming rear view mirror and LED projector headlamps.
The Honda Insight facelift is also expected to be introduced soon, having already debuted in its home market in November last year. However like the Prius, do expect a slightly increase in price. Both Honda and Toyota are facing the same circumstances of unfavourable currency exchange rates and high raw material cost.

UMW Toyota Start Order Taking for Toyota Prius C

Update 9-Jan 12:20 PM: Specs and price for Prius c is now posted on UMW Toyota's website. 5 colour options will be available, but there is an additional RM800 for the Lime White Pearl CS option.
Last week, we posted a story on the upcoming Prius c, and said that unofficial sources indicated that the car will be available by middle of this year. What we didn't expect however was how soon the Prius will be launched in Malaysia. Today, we were informed that sales personnel at UMW Toyota have already begun order taking for the Prius c. We also cautioned that despite the low starting price in Japan (lower than the base model Honda Insight), it is unlikely for the Prius c to have a lower starting price than the Honda Insight's RM 99,800.
While selling price of the Prius c have yet to be announced officially, it is estimated to be around RM103,990.
We obtained a copy of the Prius c's sales leaflet, but the resolution is rather low. From what little we can gather, the Prius c appears to offer very good value for money, with equipment levels matching or even exceeding that of the Honda Insight.
A more powerful 1.5-liter Atkinson cycle engine lifted off the previous generation Prius is a good starting point, although due to packaging contrains in the smaller Prius c,  the electric motors used had to be smaller and slightly less powerful than the outgoing Prius.
Standard safety features includes 7 airbags (dual front, front side, curtain and driver's knee) with electronic stability control (VSC in Toyota speak) and ISOFIX child seat support. Comfort features includes cruise control, climate control (single zone) while iconic party pieces from the larger Prius, the TouchTracer steering wheel button control and colour TFT screen were also included.
A 2-DIN size DVD player cum reverse camera  is optional, which we think is worth considering. Based on initial pictures from the Japanese market models, the only let down in the interior is the green backlit 2-DIN audio unit that looked like it was lifted off some 90s era accessories shop.
To know more about the Prius c, read our earlier post http://cbt.com.my/120104/toyota-prius-c-your-first-hybrid

Deal OF The Day - Kuala Lumpur to Colombo From MYR 601

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/deals/deals-of-the-day.html#


For more detail please click here
http://www.malaysiaairlines.com/my/en/deals/deals-of-the-day.html#

Sunday, January 8, 2012

Video Anwar

http://www.youtube.com/watch?v=nz2awutJZwQ&feature=youtu.be&noredirect=1

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah. Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG

10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.

Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.

Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

10.22am
: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.
10.10am:  Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.
9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.
9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.
Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.
9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.
9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50 orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.
Kumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.

Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.

Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid.

Polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid.
Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.

10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang elektrik berhampiran medan selera.

10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.

Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.

Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.
9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.
8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.

"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".
8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan tenang.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am:Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am:  Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

7.19am:  Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.

GALERI FOTO









Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

NONE"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.
"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

Azmin Ali PC after meeting w police"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam semalam sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

toll hike protest forum 271206 nasharuddin mat isa"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya.

- Bernama

Local Times

Visitors

free counters